“Rupanya ‘Arwah’ Hidup Lagi” – Lufya Omar Maklum Dapat LOD Dari Che Hafiz, Persoal Nafkah Anak Dan Mutaah

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 22 Aug 2026 10:01:00

Pelakon Lufya Omar tampil meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menerima surat tuntutan (ter of Demand) berkaitan isu kenyataannya mengenai bayaran mutaah dan nafkah anak daripada bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Menerusi hantaran di media sosial, Lufya memuat naik dokumen berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang sebelum ini memerintahkan bayaran mutaah sebanyak RM27,903.74 kepada dirinya.

Advertisement

Dalam hantaran sama, Lufya mendakwa dia menerima LOD berkaitan fitnah dan mempersoalkan tindakan tersebut selepas dia membangkitkan isu berkaitan bayaran yang diterima.

“Saya dapat LOD of Defamation. Rupanya ‘arwah’ hidup lagi. Rupanya dia malu pada manusia.

“Perintah mahkamah dah keluar 2025, sekarang tahun berapa ya?”

Lufya turut mendakwa jumlah nafkah anak yang diterima semakin berkurang dan mempersoalkan tempoh bayaran tersebut.

“Nafkah anak dah saya tarik, kata kat court tak mampu kan? Takpe insyaAllah Allah limpahkan rezeki kami.”

Dalam pada itu, Lufya menegaskan dia hanya mahu memperjuangkan haknya dan membuktikan bahawa dirinya bukan seorang isteri yang ingkar seperti yang didakwa.

“Bayar RM150 Sebulan Bila Nak Habis Bayar Hutang?” – Lufya Omar Persoal Bayaran Mutaah & Nafkah Anak Dari Dr Che Hafiz Semakin Berkurang

“Saya naik turun court for years just to prove what am saying is RIGHT! I’m not a rebellious wife/nusyuz.”

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 2016 sebelum berpisah pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun, isu terbaharu ini adalah berdasarkan kenyataan Lufya di media sosial. Pihak satu lagi masih belum memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lufya omar
2026-08-17 11:08:22

“Bayar RM150 Sebulan Bila Nak Habis Bayar Hutang?” – Lufya Omar Persoal Bayaran Mutaah & Nafkah Anak Dari Dr Che Hafiz Semakin Berkurang

“Rupanya ‘Arwah’ Hidup Lagi” – Lufya Omar Maklum Dapat LOD Dari Che Hafiz, Persoal Nafkah Anak Dan Mutaah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts