Rusia Mendakwa Pengasas Telegram Membantu Aktiviti Pengganas

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 29 Jul 2026 14:03:54

Agensi risik Rusia, FSB mendakwa pengasas Telegram – Pavel Durov – membantu aktiviti keganasan. Ia. tuurt menuduh aplikasi Telegram digunakan oleh perisik Ukraine untuk mengatur serangan dalam Rusia. Dakwaan ini adalah kemuncak penyiasatan yang dilakukan Rusia terhadap Durov dan Telegram. Sebelum ini Rusia telah memperlahankan akses ke Telegram sebagai usaha mengawal internet dan platform pemesejan asing.

Antara dakwaan FSB ialah chatbot dalam Telegram digunakan perisik Ukraine untuk merekrut remaja Rusia melakukan sabotaj dan serangan keganasan. Seramai 46 remaja berumur 12–22 tahun telah ditahan kerana direkrut melalui chatbot untuk melakukan serangan terhadap infrastruktur dan polis.

Berikutan itu Durov akan dimasukkan dalam senarai buruan antarabangsa. Interpol belum lagi memberikan komen mengenai kemungkinan Rusia mengeluarkan notis merah ke atas Durov. Lokasi Durov sekarang tidak diketahui kerana kerap berpindah randah selepas dikenakan sekatan perjalanan oleh pihak berkuasa Prancis.

Durov didakwa bersubahat dengan pelbagai jenayah seperti penipuan atas talian dan penyebaran kandungan lucah pedofilia yang dilakukan dalam Telegram. Beliau kemudiannya dibenarkan keluar daripada Perancis dan pulang ke Dubai yang menjadi markas operasi Telegram.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts