Jual saham Proton kurangkan subsidi kerajaan, kata MP

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 30 May 2017 05:01:18

Preve, sebuah model Proton. Pemiliknya DRB-Hicom menjual 49.9 peratus pegangan kepada Zhejiang Geely dari China baru-baru ini. — Foto Malay MailKUALA LUMPUR, 30 Mei — Penjualan saham Proton kepada syarikat China boleh mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat tersebut, kata wakil rakyat.

Syarikat kereta nasional juga boleh meningkatkan pengeluaran sehingga 500,000 unit, kata Datuk Ahmad Fauzi Zahari, ahli parlimen (MP) Setiawangsa.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata kerajaan tidak boleh meneruskan subsidi kepada Proton berbilion-bilion ringgit sejak ditubuhkan 30 tahun lalu.

Zhejiang Geely mengambil alih 49.9 peratus saham Proton baru-baru ini dalam langkah kerajaan memulihkan kerugian syarikat tersebut.

Tahun lalu ia dilaporkan rugi RM1.5 bilion, merosot lagi daripada hanya RM650 juta pada tahun sebelumnya.

Proton yang pernah menjual 180,000 unit sebulan kini merudum kepada antara 5,000 dan 6,000 unit sahaja, lapor Berita Harian.

Ahmad Fauzi berkata Proton boleh meningkatkan pengeluaran lima kali ganda kepada 500,000 unit dalam tempoh tiga tahun sehingga 2020.

“Jika Proton, melalui Geely, dapat menembusi satu peratus pasaran China, ia bermakna 280,000 unit tambahan dapat Proton keluarkan,” katanya.

Pengeluaran setahun syarikat itu, sebanyak 74,000 unit, hanya memenuhi 20 peratus keupayaan sebenar kilangnya di Tanjung Malim.

“Hanya langit sebagai batasannya. Bayangkan ribuan kerja baru dapat diwujudkan untuk rakyat Malaysia [dengan kerjasama ini],” kata wakil rakyat Umno itu lagi.

Penjualan saham itu dipertikai, khususnya oleh pengasas projek tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ia ibarat “menggadaikan” kepentingan negara.

Baca seterusnya di Malay Mail Online 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts