Saharul Ridzwan Enggan Ulas Kisah Isteri Hamil

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 02 Nov 2016 01:00:03

Pelakon Saharul Ridzwan terus berteka-teki mengenai status kehamilan isterinya, Qaabila Deena Amir. Bagaimanapun pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya akan berkongsi berita gembira tersebut sekiranya tiba masa yang sesuai nanti.

BACA: Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

“In shaa Allah saya akan cerita apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya kongsi berita gembira itu. Doakan kami dimurahkan rezeki dalam kerjaya, perniagaan, dan dikurniakan rezeki anak,” katanya kepada Rotikaya.

Berita yang tersebar mengatakan bahawa isteri kepada Saharul Ridzwan ini telah mengandung adalah menerusi ruangan Pok Lip, Utusan Online. Dalam ruangan tersebut, dikatakan bahawa isterinya, Qaabila Deena Amir telah pun disahkan mengandung sebulan. Pun begitu, Saharul belum bersedia untuk menghebahkan perkara itu. (rtky/h)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts