SM Salim unik dan istimewa – Johan Jaaffar

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 20:01:53

Tan Sri Johan Jaaffar.

KUALA LUMPUR: Budayawan, wartawan dan penulis, Tan Sri Johan Jaaffar, menyifatkan Allahyarham Tan Sri SM Salim sebagai legenda seni suara negara.

“Pembabitan beliau melangkaui enam dekad. Beliau bintang gemilang di langit seni hiburan bangsa.

“Jasanya memberikan nilai baharu pada lagu berirama asli, tradisional dan zapin amat dihargai.

“Beliau sama selesanya membawakan irama moden dengan gaya sendiri. SM Salim unik dan istimewa. Hilangnya sukar dicari ganti,” katanya.

Allahyarham yang menderita sakit saraf sejak 17 tahun lalu, meninggal dunia dikelilingi isteri, anak dan cucu di rumah seorang anaknya di Sering Ukay, Ukay Perdana, di sini, 5.45 petang tadi.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh anak iaitu Sheikh Samsudin, 68; Siti Noraishah, 60; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51 dan Siti Zubaidah, 35.

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts