Tan Sri SM Salim Sudah Menghembuskan Nafas Terakhir

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 15:00:40

Tan Sri SM Salim telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anaknya yang terletak di Ukay Perdana Kuala Lumpur kira-kira jam 5.40 petang tadi.

image

Gambar : Google

Legenda tersohor tanah air itu dilaporkan telah lumpuh akibat sakit saraf dan hanya bergerak dengan menggunakan kerusi roda sejak 17 tahun lalu lagi.

 

Sejak dari semalam lagi kediaman anaknya itu telah dibanjiri dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan artis yang datang untuk melawat serta membacakan surah Yassin ketika beliau sedang tenat.

sm-salim-profile2

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar di dalam industri muzik tanah air menurut Datuk Siti Nurhaliza yang pernah berduet dengan allahyarham.

 

“Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan-rakan artis yang lain. Pengalaman berduet bersama beliau seperti lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dang Gong merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana beliau memang seorang yang banyak memberi nasihat walaupun terselit lawak jenaka di dalam persembahan, malah di luar pentas juga beliau seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi,” ujar Siti kepada Astro Awani.

 

Salam takziah EH! ucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Tan Sri SM Salim. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts