PN Sambut Baik Usaha Penyatuan Ummah, Harap Pahang Jadi Model Dan Tak Perlu Ambil Kira Pandangan Ahli, Penyokong Di Bawah

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 16:30:36

KUANTAN: Diberi kiasan oleh Menteri Besar Pahang, Perikatan Nasional (PN) negeri itu segera membalas dan menunjukkan bahawa mereka tidak goyah dengan “kekeliruan” dibangkitkan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pagi tadi.

“Surplus ini kita simpan, kalau sekiranya dalam tempoh tertentu ada keperluan yang mendesak, kita boleh guna.

“Banjir sebagai contoh, peruntukan memang sudah disediakan tetapi kalau sekiranya masih tidak cukup, kita masih boleh guna,” katanya.

Beliau turut menegaskan pembangunan adalah proses berterusan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu sehingga semua pembangunan selesai sebelum menggunakan lebihan kewangan.

Katanya, kejayaan mengurangkan hutang negeri membuktikan prinsip pengurusan kewangan yang diamalkan Kerajaan Negeri memberi hasil positif dan mengimbangi keperluan pembangunan semasa dengan kelestarian kewangan jangka panjang. 

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hala tuju parti sebenarnya ditentukan oleh pemimpin dan ia boleh berbeza daripada apa yang dinyatakan di peringkat bawahan.

Malah Ketua Pembangkang DUN Pahang itu menjelaskan, perbezaan pendirian di antara ahli akar umbi dengan pihak atasan parti adalah perkara biasa.

“Biasalah, semua akar umbi UMNO itu biasalah. Kadang-kadang kita tak boleh jadikan kenyataan di bawah ini sebagai polisi parti.

“Polisi parti mesti datang daripada kepimpinan parti.

“Adapun pandangan di bawah, ahli penyokong ini macam-macam jenis.

“Ada yang suka, ada yang tak suka, tapi parti dan kitalah sebagai kepimpinan menentukan hala tuju,” katanya semasa sidang media hari ini.

Ia diadakan selepas sidang DUN Pahang berakhir di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka mengulas “kekeliruan” yang dibangkitkan Wan Rosdy terkait isyarat yang diterima BN Pahang berhubung hajat kedua-dua pihak bekerjasama.

Wan Rosdy menjelaskan suasana di dalam DUN Pahang menampakkan PAS yang kini menguasai PN berminat untuk bekerjasama namun keadaan ditafsir berbeza di luar.

“Di luar dewan macam tak nak berkawan," katanya selepas menyampaikan dua rangkap pantun.

Menurut Tuan Ibrahim, PN menyambut baik usaha ke arah penyatuan ummah dan berharap Pahang dapat dijadikan model penyatuan tersebut.

“Kita pandang positif semua pihak. Kalau ada, bagi saya mudah saja, di mana ada kehendak, di situ ada jalan.

“Kita sebenarnya nak jadikan Pahang ini sebagai model, model penyatuan ummah. Pahang mampu jadi model,” katanya.

Dia turut menyifatkan gangguan-gangguan kecil dalam perjalanan politik sebagai perkara biasa dan tidak perlu diambil hati.

“Jangan cepat terasa hati dengan orang bawah ini. Usik-mengusik baru bahagia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu, menjelaskan program PAS Teraju Pahang bukanlah isyarat kepada kegagalan penyatuan, sebaliknya jenama program yang digerakkan parti itu sejak kira-kira empat tahun lalu.


“BN (dan) UMNO pun buat program dia. Maknanya selagi kita tidak ada kata sepakat, masing-masing jalanlah program masing-masing,” katanya.

Adun Beserah itu menegaskan, program jelajah itu akan diteruskan selagi tiada persetujuan atau persefahaman dicapai dengan UMNO, namun PAS bersedia membuat penyesuaian sekiranya persefahaman lebih awal dimeterai. #Malaysiakini

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts