by Oh! Semput
Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 disahkan menerima kemas kini 5 versi Android dan 5 tahun tampalan sekuriti menurut laporan Sammobile. Ini menjadikan ia jam tangan pintar Android Wear pertama menerima sokongan 5+5 tahun.

Tahun lalu Galaxy Watch8 sekadar menerima kemas kini 4 versi Android dan 5 tahun tampalan sekuriti. Sokongan yang diberikan oleh Samsung adalah lebih lama berbanding Pixel Watch yang hanya menerima kemas kini selama 3+3 tahun. Kedua-dua Watch Ultra2 dan Watch9 adalah jam tangan pertama menggunakan One UI 9 Watch berasaskan Wear OS 7 yang merupakan versi terkini sistem operasi jam tangan Android.
Pada telefon pintar pula, peranti siri Galaxy S dan Galaxy Z menerima kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti yang setanding dengan Google Pixel. Jadi dari sudut sokongan jangka panjang, ia bukanlah isu bagi pembeli produk Samsung.