by Oh! Semput
Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal sekali lagi menjadi perhatian selepas memberikan respons terhadap satu hantaran individu di Threads yang dipercayai menyentuh mengenai bekas suaminya, Jofliam, dan Dewi.
Individu terbabit berpendapat hubungan pasangan berkenaan mungkin tidak akan berakhir seperti yang diharapkan dan mendakwa ia sekadar permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
Menjawab pandangan tersebut, Cik Epal dilihat seakan bersetuju sebelum mendakwa bekas suaminya sejak dahulu mahu menunjukkan dirinya sebagai seorang yang kaya dan mempunyai kehidupan sempurna.
Sebab dari dulu dia memang nak sangat buktikan dia kaya dan perfect.