IRC 2026 Sasar Perkasa Tindakan Global Bagi Kawal Selia Digital

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 21 Jul 2026 15:01:25

Malaysia menyasarkan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 sebagai platform penting untuk merangka tindakan susulan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam memperkukuh ekosistem kawal selia digital yang lebih berdaya tahan, selaras dengan perkembangan pesat teknologi global.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, segala pandangan, dapatan dan cadangan yang dihimpunkan sepanjang persidangan itu akan dimanfaatkan dalam usaha memperkemaskan dasar digital negara, selain dikongsi bersama komuniti antarabangsa melalui International Telecommunication Union (ITU) bagi memperkukuh kerjasama antara negara.

Beliau berkata, kedudukan Malaysia sebagai anggota Majlis ITU memberi ruang kepada negara untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan kawal selia yang diamalkan di pelbagai negara, sekali gus mengenal pasti amalan terbaik yang boleh disesuaikan mengikut keperluan tempatan.

Menurutnya, perkembangan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas memerlukan pendekatan kawal selia yang seimbang agar mampu melindungi pengguna tanpa mengekang inovasi serta keyakinan pelabur terhadap sektor teknologi digital.

Fahmi menjelaskan bahawa setiap negara mempunyai cabaran dan keutamaan yang berbeza dalam membangunkan dasar digital, namun perkongsian pengalaman melalui platform seperti IRC 2026 dapat membantu memperkukuh undang-undang serta mekanisme kawal selia sedia ada.

Beliau turut menegaskan bahawa peningkatan penggunaan teknologi moden turut membawa cabaran baharu termasuk ancaman jenayah siber, penipuan dalam talian dan penyalahgunaan teknologi, sekali gus menjadikan kerjasama antara badan pengawal selia semakin penting dalam memastikan keselamatan pengguna terus terpelihara.

Katanya, hasil perbincangan sepanjang persidangan itu akan dijadikan antara rujukan utama kerajaan dalam menambah baik dasar serta perundangan berkaitan teknologi digital. Sebarang cadangan yang bersesuaian akan dipertimbangkan di peringkat Jemaah Menteri sebelum dibawa ke Parlimen sekiranya memerlukan pindaan undang-undang.

IRC 2026 yang berlangsung selama dua hari anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghimpunkan pengawal selia, pembuat dasar, wakil industri, ahli akademik dan pakar teknologi dari pelbagai negara untuk membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dalam talian, tadbir urus data, kecerdasan buatan (AI), komunikasi kuantum serta pembangunan sistem autonomi dalam era digital.

IRC 2026 Sasar Perkasa Tindakan Global Bagi Kawal Selia Digital first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts