by Oh! Semput
Seorang pengguna media sosial mencuri perhatian selepas menegur busana yang digayakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika menghadiri program Talk To My Manager 2 (TTMM2), baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat gaun labuh berwarna kuning cerah yang dipakai Bella kurang sesuai untuk digayakan olehnya.

Menurut individu itu, dia sebelum ini pernah beberapa kali menegur mengenai pemakaian Bella, namun mendakwa pernah ditegur semula oleh pihak tunang penyanyi itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Sudah banyak kali post pasal pemakaian dia. Tapi kali ini tak nak cakap apa-apa. Takut PA Syed Saddiq sound aku lagi.”
“Harap dia berubah lah. Dulu orang tegur ada juga mohon maaf walaupun lepas itu buat lagi. Sekarang sejak bertunang, dia dah tak peduli.”
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tampil mempertahankan Bella.

Syed Abdullah turut meminta orang ramai supaya tidak terlalu mencampuri urusan peribadi orang lain.
“Meh aku sound, leave her alone.”
Terdahulu, Bella hadir sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelapan TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Sejak Bertunang Dengan YB, Dah Tak Peduli” – Netizen Tegur Pemakaian Bella Astillah, Respon Abang Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.