Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan

by Oh! Semput


14
SHARES
188
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 18:01:09

SIAPA yang tidak bangga jika mampu membeli sebuah kereta mewah?

Pastinya kegembiraan dan kebanggaan itu mahu dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tetapi jika sudah tertulis bukan rezeki, makanan yang sudah berada di dalam mulut pun tidak akan sampai ke dalam perut.

Mungkin itu nasib yang menimpa seorang pemilik kereta Ferrari 430 Scuderia, yang baru sejam memiliki kereta mewah berkenaan.

Hasrat untuk membawa keluarga dan rakan-rakan meronda dengan kereta itu tidak kesampaian apabila ia musnah terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Dalam kemaskini status di akaun Facebook, Jabatan Polis Sheffield, United Kingdom, berkongsi kisah malang yang menimpa pemilik kereta itu apabila kenderaan itu terbabas di satu persimpangan.


Tanpa mendedahkan identiti pemilik kereta itu, status berkenaan turut menjelaskan kemalangan berlaku dalam keadaan jalan licin, namun menyatakan kereta tersebut tidak dipandu laju.

Biarpun keretanya musnah, pemandunya masih bernasib baik kerana hanya mengalami luka-luka kecil.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts