Sejarah Ibadah Puasa

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 03:00:57

iluminasi sejarah ibadah puasa2

Kaum-kaum yang telah wujud sebelum kenabian Nabi Muhammad saw. sebenarnya sudah lama mengamalkan puasa. Puasa mereka berbeza-beza mengikut kaum.

Kaum Nasrani misalnya juga mengamalkan puasa pada bulan Ramadan cuma bezanya adalah ia dilakukan selama 40 hari. Orang yahudi pula berpuasa dengan cara yang sama tetapi ada pendapat mengatakan puasa mereka dilakukan sambil berbaring di atas pasir sambil mengingati kesalahan yang pernah dilakukan. Berbezanya puasa mereka dengan ibadah puasa Ramadan adalah sahur bukan sesuatu yang menjadi amalan.

Rasulullah saw. pada awalnya tidak mengamalkan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Puasa pada awalnya diamalkan ketika tiba hari Asyura pada 10 Muharram setiap tahun. Sejarah puasa Asyura ini sebenarnya berpunca dari kaum Yahudo yang mahu mengingati kisah Nabi Musa dan kaumnya Bani ISrael diselamatkan Allah saw. Bertitik dari situ Nabi Musa as. berpuasa setiap 10 Muharram.

Rasulullah saw. lalu mewajibkan orang Islam berpuasa pada hari Asyura sebagai menghormati Nabi Musa as. kerana Rasulullah merasakan orang Islam lebih dekat dengan Nabi Musa as. atas faktor agama, berbanding orang Yahudi yang berpuasa Asyura atas faktor kaum mereka.

iluminasi sejarah ibadah puasa3 402

Puasa pada bulan Ramadan mula diamalkan ketika tahun kedua Hijrah selepas Rasulullah saw. mengalihkan kiblat orang Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram di Mekah,

Tanggal 10 Syaaban, turun firman Allah swt. yang kini termaktub dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang berbunyi “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

Dengan turunnya firman Allah swt. itu, Rasulullah pun mengarahkan puasa Asyura yang sebelum itu diwajibkan setiap 10 Muharram dijadikan ibadah sunnah, terpulang kepada siapa yang mahu melakukannya.

Puasa Ramadan ini pula melalui beberapa fasa sebelum sampai kepada cara yang kita amalkan sehingga sekarang, kerana dipengaruhi beberapa peristiwa.

iluminasi sejarah ibadah puasa

Pada fasa pertama puasa Ramadan, orang Islam boleh memilih sama ada untuk berpuasa atau bagi mereka yang tidak mahu berpuasa, perlulah membayar fidyah sebagai ganti, dengan memberi makan kepada orang miskin.

Peringkat kedua pula adalah peringkat yang sedang kita amalkan ketika ini.

Puasa menjadi kewajipan menyeluruh kepada orang Islam. Sesiapa yang mampu berpuasa diwajibkan berpuasa dan tidak ada pelepasan melalui fidyah, kecuali bagi mereka yang sakit, tua atau kurang berkemampuan.

Pada awalnya ibadah puasa dilakukan sepanjang hari bermula dan umat Islam hanya makan dan minum selepas waktu Maghrib, kemudian disambungkan semula puasa selepas Isyak sehinggalah berlaku masalah di kalangan orang Muslim kerana merasakan payah untuk bersama isteri pada setiap malam Ramadan.

Diturunkan Firman Allah swt. dalam ayat 187 surah al-Baqarah, yang memerintahkan ibadah puasa ini dilakukan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari, yang membolehkan umat Islam makan dan minum untuk bersahur mempersiapkan diri mereka bagi ibadah puasa dan juga pelepasan untuk bersama suami isteri.


Begitulah serba sedikit sejarah bagaimana ibadah puasa ini dibentuk dari awal dan diperhalusi sehinggalah sekarang.

Moga bacaan ini bermanfaat kepada anda semua.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts