Sekat kuliah bukan masalah, dulu diugut bunuh, kata Ahmad Awang

by Oh! Semput


9
SHARES
116
VIEWS
Posted on 28 May 2017 03:01:16

Ahmad Awang mendedahkan ugutan bunuh yang diterima sebaik saya membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS. — Foto oleh Saw Siow FengAhmad Awang mendedahkan ugutan bunuh yang diterima sebaik saya membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS. — Foto oleh Saw Siow FengSHAH ALAM, 28 Mei — Kesal disekat memberi kuliah agama di masjid, Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan ugutan bunuh dua tahun lalu.

Ugutan itu diterima sejurus Ahmad Awang membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS, lapor Sinar Harian.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi,” katanya.

Beliau berkata anaknya bergegas ke rumah dan merayu supaya melupakan hasrat mencabar penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa menjelaskan butiran lain, Ahmad mengakui menerima beberapa ugutan lain tetapi enggan memanjang isu itu.

Hal itu didedahkannya ketika mengulas sekatan di 14 masjid di Selangor, malah beliau yang memiliki tauliah seumur hidup, tidak menolak kemungkinan larangan itu “satu tekanan politik.”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts