Selangor Peruntuk RM100,000 Bantu Isteri, Anak Teraniaya Akibat Nafkah Tidak Dibayar

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 06:30:59

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM100,000 menerusi Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 bagi membantu isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pembayaran nafkah.

Menurut laporan Astro Awani, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, bantuan kewangan sementara itu dianggarkan dapat memberi manfaat kepada sehingga 50 keluarga sementara proses penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan.

Advertisement

Isteri Terima RM2,000, Setiap Anak RM1,000

Bantuan secara one-off itu akan disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Kadar bantuan ditetapkan sebanyak RM2,000 bagi isteri dan RM1,000 bagi setiap anak.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi JAKESS bagi membantu wanita dan anak-anak yang mempunyai perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah tetapi gagal menerima bayaran daripada penghutang penghakiman.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa naratif utama Bantuan Nafkah Rahmah ini adalah untuk menyalurkan kelegaan sementara kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya, dan bukannya sebagai pengganti kewajipan bagi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan nafkah,” katanya.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari

Siapa Yang Layak Memohon?

Antara syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan adalah pemohon mestilah beragama Islam dan bermastautin di Selangor, selain mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

Pemohon juga perlu mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa, namun bayaran tersebut culas atau gagal dibayar oleh pihak penghutang.

Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Penyaluran Pendahuluan dan Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Individu yang memenuhi kriteria boleh hadir terus ke pejabat JAKESS menerusi BSK untuk membuat semakan kelayakan dan menyerahkan borang permohonan.

Bekas Suami Dan Bapa Digesa Tidak Lepas Tangan

Dalam pada itu, kerajaan negeri menegaskan bahawa bantuan berkenaan bukan bertujuan mengambil alih tanggungjawab individu yang telah diperintahkan untuk membayar nafkah.

Kerajaan negeri kekal bersiap siaga memastikan pemeliharaan hak kebajikan wanita dan anak-anak terus terbela serta tidak terabai di negeri ini

Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa bekas suami dan bapa untuk tidak lepas tangan serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam melunaskan nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah demi kelangsungan hidup dan masa depan anak-anak, katanya.

Justeru, inisiatif tersebut diharap dapat memberi kelegaan sementara kepada keluarga yang terjejas, sementara tanggungjawab pembayaran nafkah terus dipikul oleh pihak yang telah diperintahkan mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-10-02 11:45:05

“Mohon Common Sense Untuk Jaga Privacy” - PA Bella Astillah Beri Peringatan Kepada Penerima Kad Jemputan

Selangor Peruntuk RM100,000 Bantu Isteri, Anak Teraniaya Akibat Nafkah Tidak Dibayar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts