PPBM akui ada ‘senarai lain’ pemimpin Pakatan Harapan

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 09 Jun 2017 08:01:17

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata maklumat dalaman Pakatan Harapan tidak wajar didedahkan kepada umum. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 9 Jun — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai saranan barisan pemimpin Pakatan Harapan berbeza tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Saya mengesahkan kami mempunyai struktur berlainan daripada cadangan awal yang pernah dibincangkan,” kata timbalan presidennya.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagaimanapun enggan mengulas sama ada struktur itu seperti didedahkan Malay Mail Online pagi ini.

“OK, saya mahu sahkan bahawa ia tidak semestinya struktur yang sama,” katanya, merujuk barisan kepemimpinan Pakatan Harapan yang diterajui PPBM.

Malay Mail Online mendedahkan PPBM menyarankan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai pakatan itu.

Dr Mahathir dan Muhyiddin masing-masing dicadangkan berperanan sebagai pengerusi dan presiden gabungan pembangkang itu.

Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim, selama ini pemimpin teratas pembangkang dan calon perdana menteri, diangkat hanya sebagai penasihat.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik timbalan pengerusi Pakatan Harapan dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali pula timbalan presiden.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai naib-naib presiden Pakatan Harapan, saran PPBM lagi.

Ditemui selepas mesyuarat majlis presiden gabungan itu hari ini, Muhyiddin dilaporkan enggan mengulas jawatan sebagai calon presiden Pakatan Harapan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts