by Oh! Semput
Xiaomi mula mengedarkan versi stabil HyperOS 4 kepada pengguna global secara berperingkat bermula hari ini. Ini disertakan dengan jadual yang menyenaraikan 82 telefon dan tablet Xiaomi, REDMI dan POCO yang layak menerima kemas kini tersebut.
Menurut pengumuman di akaun rasmi Xiaomi HyperOS di X, pengguna peranti yang layak akan menerima kemas kini over-the-air (OTA) secara berperingkat. Proses pengedaran dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu awal November, pertengahan November dan Disember 2026.
HyperOS 4 berasaskan Android 17. Sebelum versi global ini, Xiaomi telah pun mengedarkan versi stabil di China dan menjalankan program beta global sejak September.
Bagaimanapun, Xiaomi menjelaskan bahawa jadual ini hanyalah anggaran. Ia boleh berubah mengikut rantau, syarikat telko, model dan perkembangan kerja R&D. Susunan model dalam senarai juga tidak mencerminkan urutan sebenar kemas kini diterima.
Fasa 1: Bermula awal November 2026
Telefon Xiaomi:
Telefon REDMI:
Telefon POCO:
Tablet:
Fasa 2: Bermula pertengahan November 2026
Telefon:
Tablet:
Fasa 3: Bermula Disember 2026
Telefon Xiaomi:
Telefon REDMI:
Telefon POCO:
Tablet:
Dalam fasa pertama, keutamaan diberikan kepada model terbaharu seperti siri Xiaomi 17, REDMI Note 17 dan POCO F8. Siri REDMI Note 15 dan Xiaomi 15 juga termasuk dalam kumpulan ini.
Model lebih lama seperti siri Xiaomi 13, Xiaomi 14 dan REDMI Note 14 hanya akan menerima kemas kini mulai Disember.
Pengguna boleh menyemak sama ada kemas kini sudah tersedia melalui menu Settings > About Phone, kemudian klik versi HyperOS untuk mencari kemas kini terbaharu.
Xiaomi turut menggalakkan pengguna berkongsi maklum balas tentang HyperOS 4 melalui aplikasi Services & Feedback.
{suggest}
Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini WISER.MY.