Shanghai Shenhua Lepaskan Carlos Tevez Kembali Ke Argentina, Tetapi Dengan Bersyarat

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 15 Aug 2017 17:08:29

Carloz Tevez telah dibenarkan oleh kelabnya di Chinese Super League (CSL), Shangai Shenhua untuk kembali ke negara asalnya Argentina selepas persetujuan bertulis dimeteraikan oleh kedua-dua pihak.

Perjanjian tersebut adalah supaya Tevez kembali menyertai kelab CSL berkenaan menjelang penghujung bulan Ogos ini.

Sebelum ini media telah melaporkan bekas penyerang Manchester United, Manchester City dan Juventus ini ingin kembali menyertai Boca Juniors.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Boca sebelum ini menjual Tevez kepada Shenhua pada harga £10 juta pada Januari lalu.

Pemain yang mempunyai pendapatan £615,000 seminggu ini hanya beraksi dalam 11 perlawanan liga dan menjaringkan 2 gol sejak menyertai kelab Shanghai tersebut.

Tevez dilaporkan mempunyai isu dengan kecergasan akibat kecederaan yang ditanggungnya sejak April lalu.

Untuk itu, penyerang Argentina berkenaan memohon kepada Shenhua untuk diberi pelepasan kembali ke Buenos Aires untuk tujuan rawatan.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

“Berdasarkan sebab permohonan yang diserahkan oleh Carlos Tevez kepada pihak kelab, maka selepas perbincangan di peringkat pengurusan kami bersetuju untuk membenarkan Tevez kembali ke Buenos Aires dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan,” ujar kenyataan dari pihak kelab seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

“Tevez dibenarkan untuk kembali ke Argentina untuk menerima rawatan di Clinica Jorge Bombicino. Beliau kemudian harus kembali untuk menyertai latihan menjelang 30 Ogos,” jelas kenyataan itu lebih lanjut.

Tevez menandatangani 2 tahun kontrak bersama kelab CSL berkenaan pada Januari dan merupakan pemain bola sepak profesional yang menerima gaji termahal di dunia.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Bagaimanapun urusan jual beli Carlos Tevez di antara Boca Juniors dan juga Shanghai Shenhua mempunyai klausa. Klausa berkenaan akan menyebabkan kelab dari Argentina itu terpaksa membayar separuh dari nilai perpindahan Tevez ke China, jika Tevez tidak menamatkan 2 tahun kontraknya bersama kelab China tersebut.

Tevez sudah tidak beraksi dalam dua perlawanan terakhir melibatkan Shanghai Shenhua dan sudah pasti tidak tersenarai dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA China menentang pasukan divisyen dua, Shanghai Shenxin.

Shanghai Shenhua juga akan berkunjung ke kelab pendahulu CSL dan juga juara bertahan Guangzhou Evergrande pada Sabtu akan datang.

“Tevez bukan kembali ke Argentina untuk bercuti. Beliau kembali untuk merawat kecederaan otot betisnya. Proses rawatan memerlukan 2 minggu, namun mengambil masa 2 hari untuk pergi dan 2 hari untuk kembali ke China.”

“Jika Tevez diarahkan untuk melaporkan diri pada 28 Ogos, maka beliau tidak memiliki cukup masa untuk menjalani rawatan. Oleh itu pihak pengurusan memberikan tambahan hari sehingga 30 Ogos untuk beliau berbuat demikian,” jelas kenyataan dari Shanghai Shenhua.

(Photo credit should read ANDREW YATES/AFP/Getty Images)

Langkah yang diambil oleh Shanghai Shenhua ini amat mudah difahami sebabnya.

Pada musim 2010/11, Tevez terbang ke Argentina dan tidak kembali selama 3 bulan selepas perbezaan pendapat dengan pengendali Manchester City pada masa itu, Roberto Mancini.

Ketidakhadirannya menyebabkan Tevez dipotong gaji sehingga mencecah angka £10 juta termasuk denda, bayaran bonus dan lain-lain kos yang dikenakan oleh pihak kelab.

:

1. BBC Sports (2017): Carlos Tevez promises to return to Shanghai Shenhua after Argentina visit; http://www.bbc.com/sport/football/40936434

2. Mail Online (2017): Carlos Tevez granted Argentina return by Shanghai Shenhua as world’s highest-paid player continues to struggle with persistent calf injury; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4792246/Carlos-Tevez-granted-Argentina-return-Shanghai-Shenhua.html

Shanghai Shenhua Lepaskan Carlos Tevez Kembali Ke Argentina, Tetapi Dengan Bersyarat Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts