Sharp AQUOS Wish6 Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan AI Pintar

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 06 Aug 2026 10:30:44

Sharp baru sahaja melancarkan telefon pintar asas terbaharu mereka, AQUOS wish6 yang menekankan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

Model terbaharu Sharp AQUOS wish6 hadir dengan paparan besar berukuran 6.6 inci yang menawarkan kecerahan sehingga 1000 nits serta kadar segar semula 120Hz bagi memastikan tontonan video lebih lancar. Reka bentuknya menggunakan tubuh yang nipis dengan kerangka logam yang lebih tahan daripada lenturan.

Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300 bersama memori 4GB RAM serta storan dalaman 128GB. Kapasiti storan ini turut boleh diperluaskan sehingga 2TB melalui kad microSD. Dari segi perisian, ia menjalankan sistem operasi terkini Android 16, sekali gus memastikan pengguna mendapat pengalaman yang lebih moden dengan sokongan ciri keselamatan dan kemas kini baharu.

Melaluinya, ia dilengkapi pelbagai fungsi pintar seperti penggera kecemasan dengan hanya menggoncang telefon, panggilan automatic kepada kenalan kecemasan, SMS lokasi, sekatan panggilan antarabangsa, serta AI yang mampu mengesan panggilan mencurigakan. Selain itu, ia turut hadir dengan pembantu berkuasa AI yang boleh menyalin semula mesej suara secara automatik sekali gus memudahkan pengguna menguruskan komunikasi harian.

Bahagian kamera terdiri daripada sensor sudut lebar utama 50.1MP dan swafoto sebesar 8MP yang sesuai untuk rakaman gambar harian. Bateri berkapasiti 5,000mAh digunakan pula menyokong fungsi pengecasan pintar yang membantu melambatkan kemerosotan hayat bateri. Sharp turut menjanjikan sokongan kemas kini yang konsisten dengan sehingga 2 kali naik taraf sistem operasi dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Press Releases | Sharp Global

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts