Siapa Ezwan Zain? Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E, Kekasih Baru Erra Fazira?

by Oh! Semput


439
SHARES
5708
VIEWS
Posted on 08 Jan 2025 20:01:09

Kredit foto: Instagram Ezwan Zain , Facebook Ezwan Zain

Siapa Ezwan Zain, lelaki yang didakwa ramai sebagai Mr E dan kekasih baru aktres Erra Fazira. Jom intai biodatanya!

Biodata

Nama sebenar: Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain

Nama komersial: Ezwan Zain

Umur: 44 tahun (2025)

Asal: Selangor

Keluarga: Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Di bawahnya adalah dua adik lelaki.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda jurusan Mechatronics and Robotics

Pekerjaan: Usahawan, Founder Kueh Cafe, CEO Syarikat Demogi Sdn Bhd

Status: Sudah bercerai

Instagram (IG): @nawzezain

Latar Belakang

1. Ezwan Zain merupakan seorang usahawan dan pemilik Kueh Cafe yang terkenal di sekitar Lembah Klang, sebuah restoran yang menjual kuih-muih tradisional, kek dan minuman seperti teh dan kopi.

2. Dilahirkan dalam keluarga yang dekat dengan dunia keusahawanan, dia merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Bapanya bekerja dengan kerajaan, manakala ibunya dahulu ialah seorang pekerja bank. Sebelum menceburi bidang perniagaan, Ezwan berkhidmat sebagai seorang jurutera dalam industri minyak dan gas. Namun, minat yang mendalam terhadap perniagaan telah mendorongnya meninggalkan pekerjaan itu demi mengejar impian.

3. Ezwan pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan sebelum akhirnya menubuhkan Kueh Cafe pada tahun 2015. Kini, kafe ini telah beroperasi selama lebih sembilan tahun dan menjadi tumpuan pelanggan dari seluruh negara. Selain Kueh Cafe, dia juga mengusahakan beberapa cabang perniagaan lain seperti carwash, kilang kayu terpakai dan bidang pembinaan.

4. Dalam kehidupan peribadi, dia adalah seorang duda dengan seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas isterinya.

Fakta Menarik

1. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, Ezwan membuka Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang yang menjadi titik tolak pembabitannya dalam dunia keusahawanan.

2. Minat mendalam terhadap keusahawanan menjadikan Ezwan tidak hanya berjaya dalam bidang F&B, malah juga dalam perniagaan lain seperti carwash, kilang kayu terpakai dan pembinaan.

3. Dengan sifat rendah diri dan mesra, Ezwan dilihat sebagai usahawan yang mudah didekati oleh sesiapa sahaja.

4. Walaupun pernah bekerja dalam industri minyak dan gas, dia memilih dunia perniagaan kerana ia memberikan kepuasan dan kebebasan yang tidak mampu diberikan oleh pekerjaan sebelumnya.

Foto

Kredit foto: Instagram Ezwan Zain , Facebook Ezwan Zain

:

1. Dipandang Rendah Buka Kedai Jual Kuih, Berkat Sabar Kini Mampu Bina Nama Besar

2. Taste Of Malaysia - Ezwan Mohamad Zain

3. Instagram Ezwan Zain

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts