“Kau Tu Siapa Aku Nak Sombong-Sombong” – Izara Aishah Nafi ‘Kekwat’ Bila Berjumpa Peminat

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 20 Jul 2026 06:32:38

Pelakon, Izara Aishah tampil menjawab dakwaan seorang individu yang menuduh dirinya bersikap sombong ketika menghadiri konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, individu berkenaan mendakwa Izara telah menjeling ke arahnya ketika dia mahu memasuki sebuah lif.

Advertisement

Izara Aishah

Difahamkan, ketika kejadian, Izara bersama pengurusnya sedang menjalani sesi fotografi di dalam lif tersebut sebelum pintunya terbuka.

Menjawab dakwaan itu, Izara menafikan dirinya menghalang individu terbabit daripada memasuki lif. Menurutnya, sekiranya pintu lif terbuka ketika dia sedang bergambar, kebiasaannya dia akan berasa terkejut dan malu kerana aksinya dilihat orang lain.

Izara Aishah

“Tak bagi masuk lift pula. Fitnah apa ini. Selalu kalau kantoi pintu lift terbukak masa tengah beria posing, saya akan terkejut dan malu tak tau nak letak muka kat mana. Saya hanya mampu tengok dinding.”

“Selalu yang akan kena jeling dengan saya ialah crew saya,” katanya.

Dalam masa sama, Izara turut meluahkan rasa hairan apabila individu tersebut mendakwa mengenalinya, namun masih mempersoalkan siapa dirinya.

 “Jangan la sombong, tau la saya izara Aishah sahaja tapi bila dah kenal saya siapa, kenapa tanya lagi “kau siapa”. Kau itu siapa yang aku nak bersombong-sombong,” ujarnya.

Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa Izara sengaja menjeling atau bersikap sombong terhadap individu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astiilah
2026-07-19 09:35:26

Ara Dilabel 'Cacat' Gara-Gara Sering Berdukung Dengan YB SS, Bella Astillah Menangis- "Saya Akan Ambil TIndakan.."

“Kau Tu Siapa Aku Nak Sombong-Sombong” – Izara Aishah Nafi ‘Kekwat’ Bila Berjumpa Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts