Sijil matrikulasi​ kini boleh diguna untuk permohonan Perkhidwatan Awam

by Oh! Semput


11
SHARES
146
VIEWS
Posted on 09 Jun 2017 02:00:15

PASTI ramai yang masih tidak tahu, bahawa kini sijil matrikulasi sudah boleh digunakan untuk membuat permohonan untuk perlantikan ke dalam perkhidmatan awam.

Satu pekeliling telah beberapa bulan lepas dikeluarkan bertarikh 14 Disember 2016 yang mana menyatakan persetujuan kerajaan bagi memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM untuk berkhidmat di sektor perkhidmatan awam untuk jawatan Gred 29 yang bersesuai dengan kelayakan berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Gaji permulaan bagi jawatan tersebut bersamaan dengan gaji minimum dalam jadual Gaji Minimum Maksimum dalam perkhidmatan berkaitan.



Anda boleh melihat senarai skim perkhidmatan dan penetapan gaji permulaan dalam lampiran A di bawah.








Bagi yang belum memohon, jangan tunggu lagi. Mana tahu ada rezeki anda berkhidmat dalam sektor awam yang mana tentunya mempunyai banyak kelebihan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!— EdisiRakyat.com, 9 Jun 2017

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts