Silap masuk gear, kereta terjunam dari tingkat dua

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 12 Jun 2017 08:01:26

Keadaan kereta yang remuk selepas terjunam dari tingkat dua parkir sebuah kondomunium. — Foto ihsan Facebook/Rasihan Mohd KamalKeadaan kereta yang remuk selepas terjunam dari tingkat dua parkir sebuah kondomunium. — Foto ihsan Facebook/Rasihan Mohd KamalKUALA LUMPUR, 12 Jun — Gara-gara tersilap masuk gear, sebuah kereta remuk akibat terjunam dari tingkat dua parkir sebuah kondomunium.

Kereta itu terbalik dalam kejadian di kondominium PV3 di Taman Melati, Setapak, jam 5.15 petang kelmarin, lapor Harian Metro.

Komander operasi balai bomba dan penyelamat Wangsa Maju berkata pemandu berusia lingkungan 20 tahun itu dilaporkan trauma tetapi tidak cedera.

“Mangsa dipercayai ingin mengundurkan keretanya dari parkir itu namun tersalah memasuki gear dan terus melanggar tembok.

“Mangsa tidak menyedari kesilapannya dan terus menekan minyak sebelum terjunam ke bawah,” kata Amir Zaimi Abd Rahim.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts