Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bertunang Selepas Raya Dan Nikah Pada Januari 2018

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 30 May 2017 01:01:12

Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bertunang Selepas Raya Dan Nikah Pada Januari 2018

Hubungan mesra penyanyi Yuna dan Adam Sinclair bukanlah satu perkara yang baru lagi. Umum mengetahui mereka cukup rapat bersama tetapi menafikan setiap gosip percintaan yang mengaitkan mereka berdua.

Menerusi ruangan Miss K di Astro Gempak, beliau memaklumkan bahawa Yuna dan Adam bakal mengikat tali pertunangan selepas Aidilfitri ini dan bakal bernikah pada 28 Januari 2018.

Menurut sumber yang Miss K panggil Dina itu, (eh! bukan Dina Era tau!) persiapan untuk pertunangan Yuna dan Adam sudah pun siap dan kini, ibu Yuna sedang fokus kepada majlis yang lebih besar, iaitu hari perkahwinan anaknya dengan adik kepada aktor Asyraf Sinclair itu, pada 28 Januari tahun hadapan.

Ini bukan kali pertama berita mengenai pertunangan dan perkahwinan mereka tersebar, sebelum ini ada juga sumber mengatakan mereka mahu mendirikan rumah tangga tetapi Yuna memberitahu khabar angin perkahwinan itu tidak benar dan beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin dengan Adam.

Berita : Astro Gempak

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts