by Oh! Semput
CEO SoftBank, Masayoshi Son baru-baru ini telah berbincang dengan sejumlah institusi kewangan di Amerika Syarikat dalam mendana kewangan untuk pengambil-alihan SK Hynix pada nilai mencapai $1 trilion.

SK Hynix sedia menerajui dalam arena semikonduktor, dan merupakan antara syarikat terbesar di Korea Selatan. Mengikut nilai dagangan saham semasa, SK Hynix dinilaikan sekitar $584 bilion. Perkembangan kecerdasan buatan memberikan impak positif kepada industri dan pengeluar semikonduktor seperti SK Hynix, dimana permintaan sangat tinggi berbanding keupayaan pengeluaran, membawa kepada pendapatan syarikat yang tinggi.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia dikatakan SoftBank tidak meneruskan hasrat berkenaan lagi. Pihak SoftBank dan SK Hynix turut tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan The Information ini.