by Oh! Semput
Membina sebuah ‘Gaming PC’ bukan sekadar memilih komponen, tetapi memastikan setiap bahagian berfungsi secara harmoni untuk pengalaman terbaik.
CPU dan GPU menjadi teras utama di mana CPU mengurus logik dan multitasking, manakala GPU menentukan kualiti visual serta kadar bingkai ke tahap tertinggi.
Tetapi apakah spesifikasi terbaik untuk ‘Gaming PC’ anda?
Jadi, bagi menjawab persoalan itu, Microsoft mencadangkan spesifikasi CPU/GPU minimum dan disyorkan mengikut tahap permainan anda:
Permainan peringkat permulaan (1080p, tetapan sederhana)
Permainan julat pertengahan (1440p, tetapan tinggi)
Permainan berprestasi/4K

Selain CPU dan GPU, perkakasan lain seperti RAM dan storan juga penting untuk sesebuah ‘Gaming PC’ .
Anggap RAM sebagai memori jangka pendek PC anda dan storan sebagai pustaka jangka panjangnya.
Berdasarkan cadangan Microsoft, RAM 16 GB sudah cukup untuk kebanyakan permainan.
Namun, memuatkan dengan RAM 32 GB, sesuai untuk pemain tegar yang menjalankan permainan yang mencabar atau menggunakan tetapan tertinggi.
Storan jenis SSD pula adalah penting untuk kelancaran dan memuat permainan pada tahap tepantas di mana Microsoft mengesyorkan sekurang-kurangnya SSD bersaiz 1 TB jika anda mempunyai begitu banyak judul permainan dalam simpanan anda.

Apabila perkakasan dalaman dah power, sudah tentunya anda perlukan monitor gaming terbaik untuk visual permainan yang mengagumkan.
Monitor yang hebat memastikan setiap bingkai disampaikan. Untuk itu, apabila memilih paparan permainan, Microsoft meminta anda memberi perhatian kepada spesifikasi utama berikut:
Kadar penyegaran (Hz): Berapa kali skrin dikemas kini sesaat.
Masa tindak balas (ms): Masa yang diambil oleh piksel untuk menukar warna.
Jenis panel
Bagi mereka yang tidak tahu, Windows 11 dilengkapi dengan ciri yang dikenali sebagai DirectStorage.
Ia merupakan teknologi Windows yang membolehkan kad grafik anda menarik data permainan terus daripada SSD NVMe dan bukannya menghalakan semuanya melalui CPU terlebih dahulu.
Hasilnya, masa muat menjadi lebih pantas dan peralihan yang lancar.
Mod Permainan juga tersedia di mana ia akan diaktifkan secara automatik oleh sistem, sekali gus mengurangkan aktiviti latar belakang, memperuntukkan lebih banyak kuasa CPU dan GPU kepada permainan yang anda jalankan dan membantu mengekalkan kadar bingkai yang lebih stabil.
Dengan gabungan perkakasan mantap, ‘Gaming PC’ anda akan menyampaikan tahap kualiti dan pengalaman permainan maksimum.
{suggest}
Ini Spesifikasi ‘Gaming PC’ Terbaik Dicadangkan Microsoft WISER.MY.