by Oh! Semput
Spotify sedang melakukan ujian butang Skip Ahead apabila sedang mendengar podsiar. Ciri ini membenarkan pelanggan Premium untuk melangkau kandungan iklan dalam episod podsiar yang sedang distrim.

Apabila episod podsiar dimainkan, butang Skip Ahead akan muncul untuk melangkau keseluruhan iklan yang dimasukkan oleh penerbit kandungan. Ciri ini adalah sama dengan ciri Jump Ahead yang diberikan kepada pelanggan YouTube Premium yang juga digunakan untuk melangkau bahagian iklan dalam video yang ditonton.
Ciri diberikan kepada pengguna dan negara terpilih sahaja pada waktu ini dalam jumlah yang kecil. Ia berbeza dengan butang melompat audio ke depan dan ke belakang selama 15 saat yang diberikan sebelum ini.
– PodNews