Stalkers Alert! Kisah Pelik Bintang-bintang Hollywood Yang Diganggu Peminat Finatik

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 26 Oct 2016 08:00:11

Pabila anda terkenal, sudah pasti setiap langkah akan dipandang dan diteliti dengan betul. Menjadi bintang Hollywood terkenal pula bukan mudah.

Memang tidak dinafikan kehidupan mereka amat mewah tetapi amat menakutkan pabila peminat mula menjadi obses dan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

EH! senaraikan beberapa kisah pelik stalker bintang-bintang Hollywood yang bukan sahaja creepy malah membahayakan nyawa.

1. Keanu Reeves

DEAUVILLE, FRANCE - SEPTEMBER 04: Actor Keanu Reeves poses next to the beach closet dedicated to him during a photocall on September 4, 2015 in Deauville, France. (Photo by Marc Piasecki/Getty Images)

Ini mungkin antara kes paling pelik di Hollywood. Dua wanita memecah masuk rumah Keanu selang beberapa hari sahaja! Kes pertama adalah pabila seorang wanita memecah masuk rumah Keanu dan menunggu Keanu di dalam bilik bacaan. Keanu yang ketika itu berada di rumah, berbual dengan wanita tersebut dan tunggu sehingga polis datang. Kes kedua pula adalah beberapa hari kemudian pabila seorang wanita lain muncul ditemui berenang tanpa berpakaian di dalam kolam renang rumah Keanu dan ditemui oleh penjaga rumah. Ada juga stalker yang muncul di rumah Keanu dan menghantar surat yang mempercayai bahawa The Matrix lakonan Keanu adalah dunia sebenar.

2. Sandra Bullock

ap405007828663_1

Joshua Corbett, stalker dan peminat finatik kepada Sandra Bullock ditahan pabila dia memecah masuk ke dalam rumah Sandra pada tahun 2014. Ketika kejadian tersebut, Sandra berada di rumah dan dia berhadapan dengan lelaki tersebut yang dikatakan memecah masuk dengan memanjat pagar berwayar. Pabila Sandra ternampak orang asing di dalam rumahnya, dia terus menutup pintu bilik dan menghubungi polis. Joshua ditemui oleh polis dengan buku nota yang menulis cintanya terhadap Sandra, dan beberapa gambar Sandra.

3. Selena Gomez

selena-gomez-1035b276-23e4-44b0-a068-06bd003097e4

Setakat ini dua peminat fanatik Selena Gomez pernah ditahan dan disekat untuk mendekati Selena. Pada tahun 2011, Thomas Brodnicki menjadi terlalu taksub dengan Selena hinggakan dia dikatakan ‘bercakap’ dengan Tuhan untuk membunuh Selena. Bagi menjamin keselamatan dirinya, Selena berjaya mendapatkan surat sekatan terhadap Thomas. Namun pada tahun 2014 pula, muncul seorang lelaki bernama Juan Garcia di dalam rumah Selena di Calabasas, California selepas hanya beberapa hari Selena pindah ke rumah tersebut. Juan ditahan dan dipenjara selama 120 hari dan disekat untuk berjumpa dengan Selena selama 3 tahun.

4. Justin Bieber

LOS ANGELES, CA - FEBRUARY 15: Singer Justin Bieber attends The 58th GRAMMY Awards at Staples Center on February 15, 2016 in Los Angeles, California. (Photo by Jason Merritt/Getty Images for NARAS)

Dana Martin, seorang banduan yang berbahaya mula meminati Justin pada tahun 2010 pabila Justin mengeluarkan lagu ‘Baby’. Dia dipenjarakan kerana membunuh dan merogol seorang gadis pada tahun 2000. Dana sering cuba menghubungi Justin malah memiliki tatu muka Justin pada pahanya. Dia mengambil keputusan untuk menculik dan membunuh Justin dengan pertolongan teman-temannya yang berada di luar penjara. Apa yang lebih creepy ialah Dana merancang untuk memotong alat sulit Justin sebagai hadiah saguhati. Namun rancangan mereka gagal kerana polis sempat menahan mereka.

5. Jennifer Lawrence

17rcw-slide-e0lm-superjumbo

Peminat finatik pelakon Hunger Games ini ialah seorang lelaki dari Kanada bernama Zhao Han Cong yang menganggap Jennifer sebagai isterinya. Dia mengintip, mengacau dan mengugut Jennifer dan keluarganya dengan mengatakan bahawa dia tidak akan membunuh orang lain namun akan melakukan sesuatu yang boleh menakutkan mereka. Dia juga dikatakan pernah menghantar 200 mesej dan pesanan suara kepada abang Jennifer iaitu Blaine Lawrence agar dapat berhubung dengan Jennifer sendiri. Lebih menakutkan pabila dia ke kampung halaman Jennifer dengan harapan untuk mencari alamat rumah ibu Jennifer.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts