Statistik Menarik Dari Aksi Minggu Pertama Premier League 2017/2018!

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 15 Aug 2017 13:01:18

Minggu pertama Premier League telah menghasilkan pelbagai rencah yang cukup menarik kepada liga yang cukup diminati dari seluruh dunia ini.

Dari aksi di dalam padang hinggalah ke statistik, pelbagai hasil yang menarik telah dihasilkan. Jom kita baca mengenai 5 statistik menarik dari aksi minggu pertama Premier League 2017/2018!

Kad merah Chelsea

Sejak diperkenalkan pada 1992, tiada lagi pasukan yang melakukan rekod ini selain Chelsea.

Mereka merupakan pasukan pertama dalam sejarah Premier League yang menerima 2 kad merah sewaktu hari pertama liga.

2 kad merah itu hadir menerusi Gary Cahill dan Cesc Fabregas dalam perlawanan menentang Burnley – Chelsea tewas 3-2.

29% penguasaan = 3 mata

West Bromwich Albion membuka tirai Premier League mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth di laman sendiri.

Walaupun bermain di laman sendiri, mereka nyata dikuasai oleh pasukan Bournemouth dari segi penguasaan bola.

Akan tetapi, mereka masih lagi mampu menang walaupun hanya menguasai 29% penguasaan bola sahaja!

Rekod bersih Watford

Watford bukanlah pasukan besar dalam saingan Premier League, namun mereka mempunyai rekod yang cukup baik ketika hari pembukaan liga.

Untuk rekod, Watford sudah tidak kalah di hari pembukaan liga sebanyak 11 kali!

Kali terakhir mereka tewas di hari pembukaan adalah pada 2006 apabila mereka tewas 2-1 ditangan Everton.

Southampton yang tumpul

Southampton melepaskan peluang untuk memenangi perlawanan di hari pertama Premier League apabila mereka seri 0-0 di tangan Swansea City.

Apa yang memeritkan lagi keadaan adalah, mereka merekodkan 29 percubaan ke gawang Swansea City tetapi hanya 2 sahaja yang menepati sasaran!

Rooney dan angka 300

Wayne Rooney terus membuktikan beliau merupakan seorang pemain yang cukup bahaya ketika situasi menyerang apabila menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 Everton menentang Stoke City.

Untuk rekod, Rooney telah terlibat secara langsung dalam 300 gol dengan 199 daripadanya adalah gol jaringan beliau manakala 101 lagi adalah bantuan gol dari beliau.

Beliau kini ditangga kedua pemain yang paling banyak terlibat secara langsung dalam menjaringkan gol. Hanya Alan Shearer sahaja dihadapan beliau dengan 324.

:

  1. Sky Sports (2017): Five stats from Saturday’s Premier League games to tell your mates; http://www.skysports.com/football/news/11096/10986028/five-stats-from-saturdays-premier-league-games-to-tell-your-mates

Statistik Menarik Dari Aksi Minggu Pertama Premier League 2017/2018! Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts