Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya – Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 17:30:13

Stesen RTS Bukit Chagar, Johor Bahru akan menggunakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sepenuhnya bagi urusan pemeriksaan dan pelepasan imigresen apabila mula beroperasi kelak, dengan bakal pengguna digalakkan mendaftar aplikasi MyNIISe lebih awal.

Bagi memastikan kesiapsiagaan menjelang operasi RTS Link Johor Bahru-Singapura, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan simulasi pengoperasian penuh NIISe di Stesen RTS Bukit Chagar akan dilaksanakan bermula 1 hingga 15 Disember 2026.

Simulasi yang dikendalikan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu kemudiannya akan diteruskan di Stesen RTS Woodlands, Singapura dari 16 hingga 30 Disember 2026.

RTS Bukit Chagar_1
Foto: RTS Link JB-SG

Sepanjang simulasi berkenaan, pelbagai aspek akan diuji bagi memastikan sistem NIISe berfungsi dengan stabil. Ini termasuk penggunaan aplikasi MyNIISe, pengimbasan kod QR dan operasi pintu pagar automatik (eGate).

RTS Bukit Chagar_2 RTS Bukit Chagar_4

Pengujian turut melibatkan kelancaran aliran pergerakan penumpang serta penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) di bawah konsep penempatan bersama kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) antara Malaysia dan Singapura.

Sehubungan itu, bakal pengguna RTS Link digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe dan melengkapkan pendaftaran lebih awal bagi memudahkan urusan perjalanan rentas sempadan apabila perkhidmatan tersebut mula beroperasi kelak.

RTS Link Johor Bahru-Singapura kini disasarkan mula beroperasi pada Februari 2027, manakala kadar tambangnya dijangka diumumkan pada Januari 2027.

Gambar utama: Facebook//RTS Link JB-SG

{suggest}

Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya – Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts