Stesen Radio Popular Dikecam Persenda Agama, Buat Konten Solat Untuk Manchester United

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 06:31:13

Dua penyampai radio mencetuskan kontroversi selepas tular sebuah video memaparkan mereka melakukan pergerakan seperti menunaikan solat yang dikaitkan dengan pasukan bola sepak Manchester United.

Menerusi video tersebut, kedua-dua individu berkenaan dilihat melakukan pergerakan rukuk dan sujud di dalam sebuah studio dengan paparan keputusan perlawanan antara Sporting CP dan Manchester United yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Advertisement

Video yang disertakan dengan tulisan “Praying for Man United” itu mengundang kecaman warganet yang menyifatkan kandungan berkenaan tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

Solat bukan bahan jenaka

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @fakhrulah12 menyelar tindakan kedua-dua penyampai radio tersebut kerana didakwa menjadikan ibadah sebagai bahan jenaka.

Menggunakan ibadah untuk membuat jenaka mengenai Man U adalah tidak wajar. Solat adalah ibadah, bukannya alat untuk menghasilkan kandungan atau bahan jenaka demi meraih ketawa murahan.

Individu berkenaan turut mengingatkan bahawa perkara tersebut melibatkan sensitiviti agama dan batasan isu 3R yang sepatutnya tidak dipermainkan.

solat untuk ManUtd

Firdaus Wong persoal tujuan video

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong turut tampil mempersoalkan tujuan sebenar video berkenaan, namun mengambil pendekatan untuk bersangka baik terlebih dahulu.

Kedua-dua DJ dalam video ini adalah Muslim. Adakah mereka benar-benar sedang menunaikan solat atau sekadar konten?

Firdaus turut mempersoalkan sama ada kesalahan tersebut terletak pada individu yang merakam video dan meletakkan kapsyen berkenaan sekiranya kedua-dua penyampai radio itu benar-benar sedang menunaikan solat.

solat untuk ManUtd

Permohonan maaf turut dipersoalkan

Menerusi perkongsian susulan, pengguna Threads berkenaan memaklumkan bahawa pihak stesen radio terbabit telah tampil memohon maaf serta mengadakan perbincangan bersama Firdaus.

Bagaimanapun, individu tersebut mempersoalkan keikhlasan permohonan maaf berkenaan.

Namun, berterus teranglah, adakah anda memohon maaf kerana benar-benar memahami kesalahan yang dilakukan atau kerana sudah kantoi? Anda tahu mengenai kandungan tersebut, anda menyuntingnya, memberikan komen mengenainya malah turut mentertawakannya.

Dia turut berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneliti perkara tersebut dan mempertimbangkan tindakan sewajarnya.

solat untuk ManUtd

solat untuk ManUtd

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Deanna Yusoff masih jalani kehidupan sebagai Islam
2026-11-25 15:15:12

‘Saya Masih Islam’ – Deanna Yusoff Harap Masyarakat Henti Buat Andaian Tentang Pegangan Agamanya

Stesen Radio Popular Dikecam Persenda Agama, Buat Konten Solat Untuk Manchester United first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts