VSCO Studio Pro Dilancarkan Untuk iOS

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 19 Jun 2026 04:00:29

VSCO kini melancarkan Studio Pro, aplikasi suntingan foto profesional yang ditawarkan untuk iPhone bermula hari ini, manakala versi macOS dijadualkan menyusul kemudian pada tahun ini.

Berbeza dengan aplikasi VSCO sedia ada yang menggabungkan fungsi penyuntingan, komuniti dan portfolio, syarikat itu berkata Studio Pro dibangunkan khusus untuk penyuntingan foto profesional pada skala besar dengan teknologi terkini.

Antara ciri utama Studio Pro termasuk suntingan secara kelompok (batch editing) yang membolehkan sehingga 100 foto dalam format JPEG atau HEIC disunting serentak. Pengguna boleh menggunakan preset, pelarasan manual atau menerapkan suntingan kepada semua gambar sekali gus tanpa perlu menyunting satu demi satu.

Studio Pro turut dilengkapi ciri Style Match yang mampu menganalisis warna dan gaya sesuatu imej sebelum menghasilkan suntingan yang hampir sama. Ia juga menawarkan lebih 200 preset VSCO serta kawalan manual seperti exposure, contrast, white balance, HSL, sharpen dan pelbagai tetapan lain.

Style Match

Selain itu, pengguna boleh mengeksport hasil suntingan dalam format JPEG atau HEIC serta berkongsi gambar melalui VSCO Galleries. VSCO berkata lebih banyak ciri akan ditambah pada masa akan datang, termasuk pilihan eksport lanjutan dan pelarasan nisbah aspek imej.

Di Malaysia, langganan VSCO Studio Pro ditawarkan pada harga RM59.90 sebulan atau RM299.90 setahun. Dalam masa sama, VSCO turut membuka pendaftaran awal untuk VSCO One, ekosistem baharu yang akan menggabungkan Studio Pro bersama aplikasi dan perkhidmatan lain di bawah VSCO.

{suggest}

VSCO Studio Pro Dilancarkan Untuk iOS WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts