Sultan Ibrahim lantik TMJ sebagai pemangku raja Johor

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 11 Aug 2019 08:01:39

Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai pemangku raja Johor berkuat kuasa 11 Ogos 2019. — Foto ihsan Facebook/HRH Crown Prince of Johor
Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai pemangku raja Johor berkuat kuasa 11 Ogos 2019. — Foto ihsan Facebook/HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BARU, 11 Ogos  — Tunku mahkota Johor (TMJ) hari ini dilantik sebagai pemangku raja Johor di Istana Pasir Pelangi berkuat kuasa hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik anakandanya Tunku Ismail untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri serta memiliki kuasa yang diperuntuk kepada raja.

Menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor pagi tadi, majlis turut disaksikan menteri besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan exco kerajaan negeri selepas mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi.

Lahir 30 Jun 1984, Tunku Ismail menaiki takhta sebagai raja muda Johor pada 8 April 2006 sebelum dilantik sebagai tunku mahkota Johor pada 26 Januari 2010. Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts