“Sumpah Saya Dah Dua Tahun Kahwin” – Netizen ‘Terkejut’ Dengar Pendedahan Meerqeen Di Podcast

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 03:00:53

Pelakon Meerqeen mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berseloroh mengenai status perkahwinannya ketika menjadi tetamu dalam podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon dan pengacara Amelia Henderson.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, secara tiba-tiba mendakwa dirinya pernah mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Amelia kelihatan terkejut.

Advertisement

Meerqeen Dakwa Dirinya Pernah Berkahwin

Menerusi sedutan podcast berkenaan, Meerqeen dengan bersahaja mengajukan soalan kepada Amelia mengenai status perkahwinannya.

“Awak tahu tak saya pernah kahwin, awak tahu tak? Sumpah, sumpah, dua tahun (sudah berkahwin),” katanya.

Mendengar kenyataan tersebut, Amelia dilihat seolah-olah tidak percaya dengan pendedahan yang dibuat oleh pelakon drama The Hidden Hand itu.

“Sebenarnya Saya Kahwin Dalam…”

Bagaimanapun, Meerqeen tidak membiarkan Amelia tertanya-tanya terlalu lama apabila segera menjelaskan maksud sebenar kenyataannya.

“Saya kahwin dalam drama,” selorohnya.

Penjelasan itu sekali gus membongkar bahawa perkahwinan yang dimaksudkan hanyalah sebahagian daripada jalan cerita dalam drama lakonannya, bukannya perkahwinan sebenar.

Gurauan spontan Meerqeen tersebut ternyata berjaya mencetuskan suasana lucu dalam perbualannya bersama Amelia.

Netizen Terhibur Dengan Gurauan Meerqeen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang menonton sedutan podcast berkenaan terhibur dengan cara Meerqeen menyampaikan gurauan tersebut.

Malah, reaksi terkejut Amelia turut menjadi antara perkara yang menarik perhatian penonton.

Gelagat Meerqeen itu sekali lagi memperlihatkan sisi bersahaja pelakon berkenaan ketika berbual di luar suasana penggambaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-10-22 09:14:55

"Saya Cabar Anda Semua Buktikan Kalau Ada!" - Zizie Izette Cabar Dakwaan Harta Pusaka RM1.17 Biliion Milik Bung Moktar

“Sumpah Saya Dah Dua Tahun Kahwin” – Netizen ‘Terkejut’ Dengar Pendedahan Meerqeen Di Podcast first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts