Surface Laptop Ultra Dicas Menggunakan Kabel USB-C Bermagnet Pertama Dunia

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 08 Oct 2026 07:00:27

Awal pagi tadi Microsoft Surface Laptop Ultra dilancarkan dengan satu ciri baharu yang tidak pernah digunakan sebelum ini iaitu kabel pengecas USB-C bermagnet. Apabila berhampiran port USB-C di Surface Ultra, kabel akan melekap dengan kemas seperti kabel Apple MagSafe.

Kepala kabel USB-C yang digunakan adalah lebih besar dengan ia mempunyai bongkah plastik empat segi yang juga bermagnet. Kepala ini digunakan pada kedua-dua hujung kabel dengan ia turut bersambung menggunakan magnet kepada bongkah kepala pengecas yang disertakan.

Berdasarkan demo yang ditunjukkan oleh Microsoft pagi tadi, kabel ini akan tertanggal dengan mudah sekiranya kabel disentak. Ini dapat mengelakkan komputer turut tertarik dan terjatuh sekiranya kaki tersadung pada kabel. Akhirnya wujud alternatif dengan kepala USB-C kepada MagSafe pada produk bukan Apple.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts