Lisa Surihani Hamil Anak Kedua?

by Oh! Semput


11
SHARES
143
VIEWS
Posted on 13 Nov 2016 04:00:45

Pasangan selebriti popular, Lisa Surihani dan Yusry Halim menjangkakan kelahiran anak kedua mereka tahun hadapan.

screen-shot-2016-11-12-at-12-32-02-am

Gambar : Instagram Lisa Surihani

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yusry menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi sekeping gambar Lisa bersama puteri sulungnya, Yahaira Leanne, Yusry turut menyatakan dalam kapsyen yang mana dia mensyukuri dan gembira akan kurniaan rezeki zuriat kedua buat mereka kali ini.

“Alhamdulillah..I am so grateful to have these 2 loves of my life. In sha Allah next year our little family will be four,” tulis Yusry.

Tulisnya lagi yang mana dia bersyukur kerana dapat melalui sekali lagi perjalanan proses kehamilan Lisa kali kedua ini dan dalam masa yang sama, Yusry berharap yang isterinya itu sentiada berada dalam keadaan sihat ketika memasuki trimester kedua sekarang ini.

screen-shot-2016-11-12-at-12-31-30-am

Yusry turut menambah mengharapkan yang Yahaira akan menjadi seorang kakak yang penyayang buat adiknya itu nanti.

Rata-rata pengikut Yusry di Instagram cukup teruja dan terkejut dengan pengumuman yang dikongsikan suami kepada Lisa itu serta menyampaikan ucapan tahniah buat mereka.

EH! ucapkan tahniah buat Lisa Suihani dan Yusry Halim akan berita gembira ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts