Susah Lupakan Bekas Kekasih? Cuba Cara Ini

by Oh! Semput


13
SHARES
173
VIEWS
Posted on 07 Nov 2016 17:00:25

shutterstock_158276357

Gambar : Shutterstock

Sememangnya jatuh cinta itu memang mudah, dan jika nak berputus cinta itu pun mudah. Tetapi ketahuilah yang kesannya amatlah menyakitkan dan agak berat untuk melupakan si dia, hendak pula jika sudah bertahun-tahun bercinta.

Tapi apakan daya jika bukan dia jodoh kita dan tidak bermakna anda patut bersedih serta emosi sepanjang masa. Cuba ikuti cara ini untuk hilangkan si dia dari ingatanmu.

Luangkan masa lebih banyak bersama teman

Kalau diikutkan perasaan sedih dan asyik duduk terperuk dalam bilik menangis tak habis, sampai bila-bila pun anda tidak akan boleh move on. Jadi, apa yang patut anda lakukan adalah keluar dan lepak santai bersama teman-teman supaya masa anda itu terisi dengan aktiviti best bersama rakan. Sekurangnya boleh cuba lupakan si dia secara perlahan-lahan.

Fikirkan punca sebenar perpisahan

Siapa yang suka akan perpisahan bukan? Tetapi apa yang boleh saya katakan, semua orang boleh berubah tetapi ia bergantung sama ada ke arah lebih baik atau sebaliknya. Jadi, jika perpisahan kalian dek kerana perangai buruk si dia yang tak henti menyakitkan hati anda, jadi baik anda lupakan sahaja.

Sayangi diriĀ 

Orang kata memang kena jaga hati orang lain juga, tetapi hati sendiri penting juga ya. Janganlah sayangkan si dia sehinggakan hati sendiri tidak terjaga. Gunakan masa yang telah ada sekarang ini dengan melakukan perkara atau hobi yang dulunya si dia cuba larang anda dari melakukannya. Contohnya seperti kelas tarian, belajar menjahit dan sebagainya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts