Suspek kes pecah amanah larikan kereta polis ditahan

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 28 May 2017 13:01:24

Seorang lelaki yang melarikan kereta polis di Subang Jaya pada 19 April lalu ditahan di Kelantan. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 28 Mei — Seorang suspek kes pecah amanah yang melarikan sebuah kenderaan polis di USJ Taipan, Subang Jaya dekat sini pada 19 Mei lepas ditahan di Jalan Pekeliling, Kota Bharu, Kelantan awal pagi ini.    

Ketua polis daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata suspek lelaki berumur 32 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada kira-kira 3.30 pagi. 

“Suspek ditahan bersabit kes penipuan pinjaman tidak wujud yang melibatkan lima kes di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Pada 19 Mei lepas, suspek yang ditahan di Kota Bharu itu telah melarikan diri dengan memandu kereta jenis Proton Preve berwarna kelabu kira-kira 9 malam sebelum meninggalkan kenderaan itu di sebuah kawasan berdekatan Persiaran Kewajipan di USJ 5, Subang Jaya.           

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat dalam sidang media berkata ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dari Kelantan, suspek mengadu tidak sihat dan mendakwa mempunyai penyakit gastrik serta mengalami muntah-muntah.    

Katanya, anggota polis yang memandu kenderaan itu kemudian memberhentikan kereta di sebuah kedai serbaneka dan farmasi di sekitar USJ Taipan untuk membeli makanan serta ubat untuk suspek.       

“Semasa seorang anggota kita pergi ke farmasi, seorang lagi ke but kereta untuk mengambil tisu dan kain bagi mencuci muntah suspek di dalam kereta. Ketika itulah suspek yang tangannya bergari di depan telah melompat ke bahagian pemandu sebelum melarikan kereta polis itu,” katanya.   

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts