by Oh! Semput
Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.06 tengahari tadi di sebuah pusat perubatan swasta.
Pelakon berusia 40 tahun itu melahirkan cahaya mata ketiga tersebut secara pembedahan dengan berat 3.32 kilogram.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Zizie meluahkan rasa syukur dengan kelahiran berkenaan dan berterima kasih atas doa orang ramai.

“My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.
“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa,” tulisnya.



Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.