by Oh! Semput
Pelakon dan penyanyi Indonesia Julia Perez meninggal dunia selepas tiga tahun melawan kanser pangkal rahim. — Foto ihsan Instagram/juliaperezzJAKARTA, 10 Jun — Pelakon dan penyanyi dangdut terkenal Indonesia Julia Perez, meninggal dunia hari ini akibat kanser serviks tahap empat.
Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya Nia Anggia dalam laman sosial Twitter hari ini.
“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez,” coretnya.
“Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongannya selama ini.”
Gambar di Twitter menunjukkan Nia sedang memeluk tangan kakaknya Jupe, atau nama sebenarnya Yulia Rachmawati dalam keadaan sebak.
Julia, 37, yang mengidap barah sejak tiga tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cipto Mangunkusumo, lapor Jakarta Post.
Pemegang ijazah undang-undang Universiti Bung Karno itu popular dengan lakonan filem-filem seram, antaranya Beranak Dalam Kubur, Main Dukun, dan Jeritan Kuntilanak.