by Oh! Semput

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermuda dengan revolusi baru dengan menamatkan perkhidmatan seramai 20 orang kakitangannya demi kebaikan organisasi selaras dengan perkenan presidannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan exco.
Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM bertindak demikian untuk menyusun semula organisasi FAM ke arah yang lebih baik dan konstruktif.
“Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan bagi memastikan objektif organisasi mencapai matlamat.”
“Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15hb April ini.”
“Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan,”
Sebelum ini, Tunku Ismail yang dipilih sebagai peneraju baru FAM memberi gambaran beliau akan melakukan rombakan drastik terhadap persatuan itu termasuk mengurangkan kakitangan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Tunku Mahkota Johor memulakan langkah pembaharuan dengan menukar ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dengan mengambil Mario Gomez.
Datuk Ong Kim Swee pula diberi tugas bagi mengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara menggantikan posisi Frank Bernhardt.