Beg Tangan Hermes Kulit Buaya Dengan Hiasan Emas Putih Mencatatkan Rekod Beg Tangan Paling Mahal Berharga RM162 Juta

by Oh! Semput


18
SHARES
240
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 09:01:06

Beg Tangan Hermes Kulit Buaya Dengan Hiasan Emas Putih Mencatatkan Rekod Beg Tangan Paling Mahal Berharga RM162 Juta

37647494%20-%2004_03_2016%20-%20FASHION-


BEG tangan Hermes diperbuat daripada kulit buaya dengan hiasan emas putih mencatatkan rekod beg tangan paling mahal selepas dijual pada harga HK$2.94 juta (RM1.62 juta) di lelongan di Hong Kong, semalam lapor Harian Metro.


Jurucakap rumah lelongan, Christies berkata, beg Himalaya Niloticus Crocodile Diamond Birkin 30 dijual kepada pelanggan tidak mahu dikenali menerusi bidaan telefon, semalam.

Jumlah ini memecahkan rekod dicatatkan di Hong Kong untuk beg Hermes serupa yang dijual pada harga HK$2.32 juta (RM1.28 juta) di Hong Kong, tahun lalu.

76de2098-26d9-11e6-b3b6-bdf44ca17c9d_128

Hanya satu atau dua beg Diamond Himalayas dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia, kata Christies.

Beg yang dibuat dengan tangan itu dikatakan sebagai beg tangan paling dikehendaki oleh Christies.

Ia diselaputi berlian manakala kancing dan mangga kecil jenama Hermes pada beg itu diperbuat daripada emas putih 18 karat.

birkinbag3.jpg

Beg itu daripada koleksi Birkin Hermes yang dinamakan sempena pelakon dan penyanyi, Jane Birkin yang dilahirkan di Britain dan tinggal di Perancis.

Sementara itu, Ketua Bahagian Beg Tangan dan Aksesori Antarabangsa Christies, Matthew Rubinger berkata, Hermes dikhabarkan akan berhenti menghasilkan beg Himalaya, tahun ini.


Mungkin itu antara punca peningkatan nilai musim ini, katanya.

dsc_0190-hermes-birkin-himalaya.jpg

Beg tangan mewah semakin dillihat sebagai peluang pelaburan yang diburu pengumpul.



-Pen Merah Press

: penmerahpress

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts