K!DZ Pop Con Asia 2026 Tarik Ribuan Pengunjung, Tawar Pengalaman Budaya Pop Mesra Keluarga

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 20 Jul 2026 13:32:40

K!DZ Pop Con Asia 2026 menutup tirainya selepas berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Mei lalu di Sands Expo & Convention Centre, Singapura.

Acara berkenaan berjaya menarik ribuan pengunjung dalam kalangan kanak-kanak, keluarga dan peminat budaya pop menerusi pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen hiburan, kreativiti serta pembelajaran.

Advertisement

kidz

Sepanjang penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai bengkel seni dan penceritaan, aktiviti berasaskan kemahiran, persembahan pentas serta meneroka ruang permainan interaktif yang disediakan.

Selain itu, sesi pertemuan bersama maskot, demonstrasi secara langsung dan peluang mencuba sendiri pelbagai aktiviti di reruai pempamer turut memberi pengalaman lebih dekat dan menyeronokkan kepada kanak-kanak.

KISZ

KIDZ

Antara tarikan utama acara tersebut ialah K!DZ Cosplay Competition yang menyaksikan peserta cilik tampil mengenakan kostum watak kegemaran masing-masing.

Pertandingan itu bukan sahaja menyerlahkan kreativiti peserta, malah memberi peluang kepada mereka untuk membina keyakinan ketika berada di atas pentas.

Penganjur, Generation Experience Pte Ltd berkata, K!DZ Pop Con Asia diwujudkan sebagai ruang untuk kanak-kanak meneroka minat, keluarga meluangkan masa bersama serta jenama mendekati generasi muda melalui pengalaman interaktif.

KIDZ

kidz

“K!DZ Pop Con Asia terus berkembang sebagai ruang untuk kanak-kanak meneroka, keluarga mengeratkan hubungan dan jenama berhubung secara bermakna dengan generasi akan datang melalui penceritaan berasaskan pengalaman.”

“Penganjuran tahun ini menunjukkan terdapat permintaan kukuh terhadap pengalaman budaya pop mesra keluarga di Asia. Kami teruja untuk terus membangunkan platform ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Singapore Comic Con kembali Disember ini

Selepas berakhirnya K!DZ Pop Con Asia 2026, Generation Experience bakal meneruskan kemeriahan dengan penganjuran Singapore Comic Con pada 4 hingga 6 Disember depan.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre dengan menghimpunkan pelbagai tarikan berkaitan budaya pop.

Antaranya termasuk pelancaran barangan eksklusif, sesi pertemuan bersama pencipta kandungan serta pelbagai pengalaman interaktif untuk dinikmati para peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunku azizah
2026-07-20 14:37:17

Tunku Azizah 'Jemput' Masyarakat Orang Asli Tinggal Di Tanah Milik Baginda Di Maran

K!DZ Pop Con Asia 2026 Tarik Ribuan Pengunjung, Tawar Pengalaman Budaya Pop Mesra Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts