TeamMAS Bersedia Bawa Cabaran Malaysia Ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 13:31:14

Kontinjen Malaysia bakal membawa cabaran negara ke Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026 yang akan berlangsung di Jepun bermula 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Advertisement

Pelbagai jenis sukan bakal disertai atlet negara dalam misi memburu kejayaan, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan Asia.

Antara pasukan yang bakal membawa nama TeamMAS ialah Pasukan Berbasikal Trek Kebangsaan, yang kini bersedia untuk memberikan saingan terbaik apabila turun beraksi di Jepun nanti.

Rakyat Malaysia Diajak Beri Sokongan Kepada TeamMAS

Menjelang temasya berprestij itu, seluruh rakyat Malaysia turut diajak untuk bersama-sama memberikan semangat dan sokongan kepada atlet negara yang bakal berjuang membawa Jalur Gemilang.

Lebih istimewa, semangat tersebut hadir bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Menerusi perkongsian Sportflex Malaysia, sokongan khusus turut diberikan kepada skuad berbasikal trek kebangsaan dalam usaha mereka membawa cabaran Malaysia ke Aichi-Nagoya.

“Kayuh dengan penuh semangat, berjuang demi Jalur Gemilang dan berikan yang terbaik buat Malaysia!”

Kata-kata semangat itu pastinya menjadi pembakar semangat buat atlet negara untuk memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan.

Kini, hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum Sukan Asia 2026 membuka tirainya. Sama-sama kita kirimkan doa serta sokongan buat seluruh kontinjen Malaysia khususnya pasukan berbasikal trek kebangsaan.

Ayuh Malaysia! Sokong TeamMAS dan bersama-sama kita melakar kejayaan di Aichi-Nagoya 2026!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KK
2026-08-24 16:39:02

"Siapa Suruh Diet Zero Salt, Sugar Tu Kau Minum Je Air Paip" - Perkongsian Selamba Diet Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

 

TeamMAS Bersedia Bawa Cabaran Malaysia Ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts