TECNO POVA 8 5G Kini Di Malaysia Pada Harga RM1,399 – Hadir Bersama Alive Matrix Display

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 26 Jul 2026 07:03:54

TECNO kini hadir dengan telefon pintar terbaru mereka yang turut menyokong rangkaian 5G, iaitu TECNO POVA 8 5G. Ia dipasarkan sebagai peranti mesra permainan video dengan ciri penyejukkan terbina, selain ketahanan bateri yang lama.

TECNO POVA 8 hadir dengan skrin 6.76-inci LCD FHD, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7100 5G, memori 8GB RAM LPDDR5X dan storan 256GB UFS 2.2. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kamera 50-megapixel Sony LYTIA-600 dengan zum nirhilang 2x, serta kamera swafoto 13MP.

Telefon pintar ini hadir dengan bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 45W, dan boleh mengecas 50% kapasiti bateri dalam masa 35 minit.

TECNO turut menambah sokongan Alive Matrix Display pada bahagian bawah kamera, membolehkan anda memperlihatkan ikon-ikon menarik pada bahagian bawah kamera. Ia turut boleh memaparkan ikon notiifikasi, sekaligus memudahkan anda mengikuti sebarang perkembangan sekiranya telefon diletakkan secara terbalik atas meja.

Beberapa ciri AI turut disertakan, termasuk untuk membantu dalam penulisan, menjana rumusan untuk video YouTube, dan juga menambah-baik kualiti panggilan suara.

TECNO POVA 8 5G ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,399, dan sudah boleh dibeli melalui Shopee.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts