by Oh! Semput
Penampilan seorang individu yang didakwa merupakan suami kepada seorang wanita dan mempunyai enam orang anak menjadi perhatian selepas satu hantaran mengenainya tular di Threads.
Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna media sosial mempersoalkan perubahan penampilan individu berkenaan yang didakwa sebelum ini tampil sebagai lelaki ketika mendirikan rumah tangga.
Namun, individu itu kini dikatakan mempunyai penampilan berbeza termasuk berambut panjang serta dilihat mengenakan tudung dalam beberapa perkongsian di media sosial.
Pengguna Threads berkenaan turut mempersoalkan tindakan pasangan individu itu yang didakwa menerima perubahan penampilan tersebut.
Malah, akaun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut ditanda dengan permintaan supaya pihak berkaitan memberikan perhatian terhadap perkara berkenaan.


Hantaran tersebut bagaimanapun turut mengandungi beberapa kata-kata kasar dan penghinaan terhadap pasangan terbabit.
Dalam masa sama, perkara itu mula mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai penampilan, batas agama dan tindakan pihak berkaitan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Dah Tegur Tapi Bongkak, Menjawab” – Suami ‘Free Hair’ Dan Bertudung Macam Wanita, Netizen Gesa Majlis Agama Ambil Tindakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.