Telefon Pintar Bajet, Neffos X1 Lite Sudah Mendarat Di Malaysia – RM499

by Oh! Semput


14
SHARES
184
VIEWS
Posted on 26 Jul 2017 09:00:43

Sebut sahaja TP Link pasti anda akan teringat kepada modem, router dan peranti rangkaian yang lain. Tapi tahukah anda syarikat itu juga mempunyai telefon pintar mereka dibawah jenama Neffos?

Semalam telah berlangsungnya acara pelancaran model Neffos X1 Lite bagi pasaran dalam Malaysia dan ia merupakan versi ‘bajet’ kepada Neffos X1.

Turut sama hadir dalam majlis pelancaran adalah pelakon cantik manis, Fazura, selaku duta produk Neffos untuk Malaysia. Versi lite ini akan tampil dengan dua pilihan warna iaitu…

  • Cloudy Grey dan
  • Sunrise Gold.

Rekaan telefon pintar ini mirip kepada model X1 yang mana ia masih mengekalkan rekaan besi di luar. Berikut merupakan spesifikasi ringkas Neffos X1 Lite:

  • Skrin paparan HD 5 inci
  • Cip pemproses 8-teras MediaTek MT6750
  • RAM 2GB
  • Storan dalaman 16GB
  • Bateri berkapasiti 2550mAh
  • Android Nougat 7.0

Neffos X1 Lite dilengkapi dengan…

  • kamera utama 13MP f/2.0 dengan sokongan autofokus
  • kamera selfie 5MP dan juga
  • sensor pengimbas cap jari betul-betul dibawah lensa kamera utama.

Jika anda mahu membeli peranti secara atas talian melalui Lazada, anda berpeluan untuk mendapatkan “Neffos Premium Gift Box” atau “Fazbulous Warrior T-shirt” yang ditandatangani khas oleh Fazura.

Jika dilihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, Neffos X1 Lite adalah peranti bajet yang berbaloi dibeli pada harga RM499.

Telefon pintar ini juga boleh dibeli melalui pengedar sah Neffos di seluruh negara.

: Lowyat.net

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts