2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 19 Oct 2026 11:00:14

CMF secara rasmi hari ini mengumumkan ketibaan dua peranti audio terbaru mereka iaitu CMF Clip Pro dan CMF Buds Neo di Malaysia.

CMF Clip Pro, merupakan fon telinga open-ear pertama daripada CMF yang direka dengan fokus kepada keselesaan melalui rekaan ergonomik tiga titik.

Ia dilengkapi dengan pemacu dinamik dwi-magnet 10.8mm dan sokongan audio resolusi tinggi (Hi-Res Audio) dengan LDAC.

Ciri istimewa termasuk teknologi Clear Voice, kawalan Smart Dial, serta jangka hayat bateri sehingga 32.5 jam.

Clip Pro_16x9
CMF Clip Pro boleh didapati dalam pilihan warna Dark Grey, Light Grey, dan Coral.

Harga jualan rasmi CMF Clip Pro di Malaysia adalah EM359.

Sementara bagi mereka yang mencari pengalaman audio harian pada harga yang lebih berpatutan, CMF Buds Neo hadir dengan harga RM129.

Fon telinga ini menampilkan pemacu dinamik 12.4mm, sistem pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 35dB, dan teknologi empat mikrofon untuk panggilan yang lebih jelas.

Dengan ketahanan bateri sehingga 52 jam, ia merupakan pilihan ideal bagi penggunaan sepanjang hari.

Lifestyle 8.1
CMF Buds Neo boleh didapati dalam pilihan warna Black, White, dan Dark Blue.

Kedua-dua produk terbaru CMF ini kini boleh dibeli melalui gedung Nothing, TMT, Urban Republic, serta platform e-dagang popular seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

image (2)

Beli CMF Clip Pro dan Buds Neo dari stor rasmi:

{suggest}

2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts