Pra-tempahan Berkas ASUS ROG Xbox Ally X20 Tempatan Dibuka Hari Ini – Berharga RM10,999, Terhad Kepada 30 Unit

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 10:31:03

Pada pertengahan tahun ini, ASUS telah memperkenalkan kemaskini kepada konsol permainan PC mudah-alih ASUS ROG Xbox Ally X mereka, iaitu ASUS ROG Xbox Ally X20 yang juga memperlihatkan berkas yang hadir dengan banyak aksesori lain untuk memaksimakan kenikmatan menggunakan konsol ini.

Perubahan paling besar pada model ini ialah penggunaan skrin 7.4″ OLED menggantikan skrin 7″ LCD yang digunakan pada dua model terdahulu. Hasilnya ialah skrin lebih terang, melepasi piawaian DisplayHDR TrueBlack 1000 dan menyokong Dolby Vision.

Selain itu tubuh konsol kini sedikit lustinar membolehkan komponen dalaman dilihat. Perubahan besar lain yang dilakukan ialah dua tombol kawalan analog kini dilengkapi sensor TMR (Tunnel Magnetoresistance) yang menyelesaikan isu stick drift dengan kubah butang muka juga direka semula untuk lebih selesa dipegang. Butang D-Pad kini boleh diubah ke mod 4 arah atau 8 arah dengan memutarkannya 90 darjah. Akhir sekali butang Xbox kini menyala dengan lampu hijau.

Berkas tersebut tampil dengan bukan sahaja konsol permainan tersebut, tetapi juga kotak Pelican Protector Case, kaca mata pintar ROG XREAL R1 Edition 20 dan juga aksesori rangka DBrand Killswitch dengan beberapa pelekat khas.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa berkas konsol ASUS ROG Xbox Ally X20 ini akan dibuka bermula hari ini, 2 Oktober 2026 pada jam 8pm pada harga RM10,999. ASUS Malaysia turut mengesahkan bahawa berkas ini adalah terhad kepada 30 unit sahaja untuk pasaran tempatan. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web ASUS Malaysia Store. Pra-tempahan bermula dari 2 Oktober sehingga 15 Oktober, dan mereka yang menempah konsol ini juga akan menerima hadiah-hadiah tambahan.

Kami juga telah bertanyakan sekiranya konsol ini akan tiba secara sendirinya, tanpa berkas edisi terhad, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi sekiranya pilihan tersebut akan ditawarkan atau tidak.

Jika anda berminat untuk melihat sendiri konsol mudah-alih ini, ASUS Malaysia juga akan mengadakan acara pekongsian konsol ASUS ROG Xbox Ally X20 ini pada 3 dan 4 Oktober 2026 di ATO Gaming Cafe di Taman Tun Dr Ismal.

: ASUS Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts