Tentang Poligami

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 10:00:45

Tentang Poligami

Aku tertarik dengan post tentang Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami. Posting yang membuka mata bahawa Islam sememangnya tak menindas wanita. Cuma wanita perlu cari ilmu bagaimana untuk mempertahankan hak mereka. Contohnya soal perceraian. Kes-kes yang ditinggalkan gantung tak bertali, didera, tak diberi nafkah oleh suami dah banyak sangat kita dengar dalam masyarakat hari ni. Tapi kebanyakannya tak ambil tindakan sebab fikirkan tentang orang lain. Tentang anak, tentang keluarga, tentang jiran-jiran dan orang sekeliling. Akhirnya memendam derita sendiri. Sedangkan wanita juga ada hak untuk menuntut cerai dengan fasakh dan taklik, contohnya.

Berbalik kepada tajuk, tentang poligami. Aku cuma nak kongsi pendapat tentang poligami berdasarkan perkongsian ilmu dengan kenalan aku dalam bidang syariah. Kalau nampak macam salah, sila betulkan ya.

1. Poligami membela nasib wanita

Masa zaman nabi, budaya masyarakat masa tu memang lelaki suka berkahwin banyak. Masa tu mempunyai isteri lebih daripada satu, bahkan berpuluh isteri tu adalah perkara biasa. Jadi apabila Islam datang, mereka hanya boleh ada 4 orang isteri sahaja maksimum supaya para isteri tadi tidak terabai. Dalam konteks ni, disuruh kurangkan isteri, bukan tambah lagi isteri.

2. Poligami dibenarkan, bukan digalakkan

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (Surah An-Nisa)

Nampak tak? Yang ditekankan dekat akhir ayat tu. Mesti adil. Jangan menzalimi isteri. Dan adil tu konteksnya sangat luas. Kalau sebut dari sudut ekonomi, kalau isteri pertama kau belikan rumah, isteri kedua pun kau kena bagi rumah jugak. Tapi kalau duit rumah pun isteri kau yang kena bayar, mohon sedar diri kau tu tak layak pun nak tambah cawangan. Baik kau tambah income untuk kukuhkan kewangan dulu. Tu baru aspek ekonomi je tak masuk bab giliran bermalam, giliran balik raya, yang kau nampak macam remeh tapi boleh jadi azab neraka sebab kau tak adil.

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa)

Ayat yang mula-mula tu ramai lelaki termasuk ustaz-ustaz suka gunakan sebagai alasan untuk poligami. Tapi lupa ayat yang ni. Lelaki tak akan dapat berlaku adil. Dalam konteks ni dibincangkan yang tak dapat berlaku adil tu mungkin pada perasaan. Mesti ada isteri yang lebih disayangi berbanding yang lain. Kau jangan tipu cakap kau sayang sama rata je. Tapi walaupun ada yang lebih kau sayang, janganlah kau lebihkan bagi semua benda dekat dia je sampai isteri yang lain kurang perhatian. Keperluan nafkah semua kenalah bagi dengan saksama. Banyak kes yang trauma dengan poligami sebab ni lah. Melebihkan isteri baru sampai terabai isteri pertama dan anak-anak.

Sedangkan isteri satu pun boleh berat sebelah bahu sebab besarnya tanggungjawab suami. Inikan pula nak beristeri lebih. Aku bukan tak setuju dengan poligami. Tapi situasi kebanyakan lelaki kat Malaysia ni, yang tak layak nak poligami yang sibuk nak tambah isteri. Golongan ini lah yang menyebabkan poligami hanya jadi bahan jenaka dan sindiran oleh orang yang tak faham agama.

Mestika

& Kredit: iiumc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts